Terdapat banyak punca berlakunya stres
dikalangan guru. Faktor-faktor ini dapat dibahagikan kepada lima faktor utama;
· Faktor diri.
· Faktor interpersonal.
· Faktor organisasi.
· Faktor kekurangan sumber.
Faktor diri
Pada zaman yang sangat
mencabar, pekerjaan yang diimpikan amat sukar untuk diperolehi. Kebanyakan
mahasiswa keluaran universiti-unversiti tempatan terpaksa mengangur begitu lama
untuk mencari pekerjaan yang selesea, mudah, dan menjanjikan gaji yang lumayan.
Profesion keguruan sering
dilihat sebagai pilihan terakhir. Sering kali profesion ini dianggap sebagai
profesion peringkat pertengahan di bawah profesion professional yang lain
seperti doktor, jurutera, peguam dan lain-lain. Ini menyebabkan ramai
dikalangan guru yang tidak ikhlas semasa memilih profesion ini. Mereka
meramalkan profesion ini begitu selesa dan tidak menyusahkan kerana beranggapan
tanpa latihan asas pun mereka masih boleh menjadi guru dan menerima gaji
bulanan yang lumayan disamping cuti yang banyak.
Hal ini menyebabkan
golongan guru seperti ini menghadapi tekanan sebaik sahaja menjalani kehidupan
sebagai seorang guru kerana realiti situasi yang dihadapi tidak seperti apa
yang diramalkan. Menjadi seorang guru bukanlah sesuatu yang mudah. Insan guru
mestilah insan yang ikhlas dan sanggup berkorban.
Faktor Interpersonal
Daripada kajian yang telah dijalankan,
Azizi Yahya (2007) mendapati diantara faktor interpersonal stres dikalangan
guru ialah meraka merasakan diri mereka tersisih daripada rakan sekerja. Selain
daripada itu, rakan guru juga mementingkan diri serta tidak menghormati
tindakan, perasaan serta pendapat dari rakan guru yang lain.
Hal ini sepatutnya tidak
berlaku kerana setiap insan guru perlulah meningkatkan motivasi diri, menanam
sikap tolong menolong, bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu tugasan yang
ditetapkan. Di samping menghormati perasaan dan pendapat rakan sekerja dengan
hati yang terbuka dan cuba mempertingkatkan kelemahan yang ada pada diri
Faktor Organisasi
Faktor organisasi merupakan antara
faktor yang terbesar menyebabkan stres dikalangan guru. Faktor ini juga
merupakan faktor yang utama dalam sektor awam selain guru. Antara faktor-faktor
stres yang dikategorikan sebagai faktor organisasi ialah;
· Semua kerja perlu segera -
kesuntukan masa.
· Tugasan kerja berterusan (kronik).
· Perbezaan persediaan tugas dengan
ketetapan tugas.
· Tugasan kerja kerana kuantitatif dan
kualitatif.
· Perubahan dasar yang drastik.
Faktor-faktor yang diatas secara
umumnya terus menerus berlaku dalam profesion keguruan dan telah menambah beban
guru. Dipetik daripada arkib Utusan Online bertarikh 18 Mei 2009, Presiden
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Anang di dalam
laporan yang bertajuk; Beban Tugas boleh Bawa Tekanan Perasaan Guru, menegaskan
bahawa peningkatan beban tugas dan tekanan kerja menyebabkan semakin ramai
kalangan guru terdedah kepada risiko mengalami tekanan perasaan.
Faktor kekurangan Sumber.
Kekurangan sumber terutamanya
sumber tenaga manusia merumitkan lagi masalah stres yang dihadapi dalam bidang
keguruan. Kekurangan guru sememangnya diakui merupakan faktor yang rumit dan
sukar diatasi. Hal ini menabahkan lagi bebanan kerja guru-guru sedia ada secara
terus menerus. Tahap stres guru sememangnya bertambah berikutan keadaan jumlah
guru yang kurang dan tidak seimbang serta peningkatan jumlah murid tahun,
guru-guru seringkali memikul tanggung jawab dan bebanan yang banyak.
No comments:
Post a Comment